Sudah 5 Hari Tak Marah Anak

Sudah 5 Hari Tak Marah Anak

Alhamdulillah Sudah 5 Hari Saya Tak Marah Anak, Anak Pun Kurang Degil, Hubungan Saya Dengan Suami Makin Ok, Nak Solat Pun Tenang….

 

Salam puan,sy brsyukur pd Allah sbb dgn izin Allah sy jumpa ebook puan ni, utk pengetahuan puan sy hari2 marah anak, cubit dan pukul anak. Emosi sy teruk selalu stress xtahu punca.

Allah, menangis sy puan baca ebook ni. Bbetapa sy lalai dgn amanah yg Allah dh bg ni. Alhamdulillah,dah 2 hari sy x marah langsung anak,in sha Allah sy akan teruskan dgn pertolongan Allah. Sebelum baca ebook ni pun sy doa dulu mintak pd Allah supaya sy diberi kekuatan utk berubah, dan apa yg sy baca smpai pd lubuk hati sy yg pling dlm.

Ape yg sy perasan sy dh blh control emosi sy, bila anak meragam sy akan tukar bnde tu pd perkara positif. Alhamdulillah dgn cara tu sy x stress, kepala pun xsakit. Terima kasih puan, sy xtahu mcm mane cara utk berterima ksh dgn puan.
……

Hari ni hari ke lima sy lansung xmarah anak sy 🙂

Sy perasan anak sy dah kurang degil nya bila sy berlembut dgn die..hubungan sy dgn suami pun makin ok,nak solat pun bleh solat dgn tenang,xdela solat dlm keadaan stress

PUAN RINA (samaran)

 

REFLEKSI SAYA:

 

  1. Syukur pada Allah kerana bila kita berniat sesuatu yang baik untuk diri, dan orang tersayang (anak dan suami), kita dilorongkan Nya untuk solusi tersebut. Ditambah dengan membaca Ebook ini dari ‘HATI’, lubuk sanubari yang paling dalam, benar, jujur pada diri, Allah bantu kita, Allah mudahkan kita. Sebab pertamanya ialah kita ikhlas pada diri sendiri, kita mahu berubah.
  1. Bila selalu marah-marah, memang getaran/gelombang yang dihasilkan dari diri adalah negatif, maka kita menarik yang negatif pada diri – anak tak dengar cakap, hubungan dengan suami tak ok, dan diri stress, sakit kepala, solat memang tak dapat buat dengan tenang dan macam-macam lagi yang berlaku. Maka, sebaliknya berlaku iaitu positif, sihat dan tenang bila kita tak marah-marah lagi….
  1. What you give, you get back. Itu aja. Memberi dahulu, menerima insyaAllah ada. Paling kecil tak nampak pun ialah pahala pasti tercatat di sisi buku kita. Doa dan Usaha lagi dengan cara betul, kerana anda layak untuk bahagia, tenang dan gembira dalam meneruskan hidup sehari hari sebagai manusia yang dicintai dan disayangi oleh orang tersayang.

Jika tuan / puan berminat dengan ebook ini, boleh terus ke link di bawah untuk dapatkan ebook pada harga istimewa.

Leave a Reply